sweet owner Miss fitrahsyahirah! find me !
| FOOD HUNTER :D Assalamualaikum hii and good morning uollss :) Okayy hari ni nak share kat awak awak semua jenis dessert @ wastern food yang mantopp dekat MELAKA ni yang pernah fit pergi . So nanti korang boleh lah ajak family ke kawan kawan ke atau sesiapa je lah datang cobee sendiri makanan dekat MELAKA ni . MELAKA ni favourite place bagi korang yang food hunter macam fit :D
*SANGKAYA ice cream
Macam macam perisa ada . Semuanya berasaskan kelapa . Bila dah penat berjalan dengan matahari tegak atas kepala dapat pula ice cream ni , dia punya nikmat fuhhh :P Kalau jenjalan dekat sini tempat wajib datang dekat sini lah . hahahaha favourite place ever :D Try it now gaiss !!
Location at : LOT BE-01 A (opposite starbucks) ,
lower ground floor Dahtaran Pahlawan
, Jalan Merdeka Bandar Hilir ,Melaka
*JIPANGI ice cream
Tadaaaaa . Unik sikit rupa dia right ? The tube was corn flavoured :D Ada 2 jenis perisa ice cream iaitu Chocolate and Vanilla sahaja . Fit makan ice cream ni sampai comot comot mulut . Lipstick kat bibir pun hilang makan ice cream ni . So fit sarankan nanti mintak lebih sikit tisu . Hahahaha
Location at : Mahkota Parade depan Dahtaran Pahlawan tu je .
*MANGO FLOAT ROYALE
Terliur tak ?Float mango mixed ice cream vanilla tambah lagi berketui ketui potongan mangga . Memang berpuas hati lah . Ni je dah cukup kenyang . Harga dia tersangatlah berpatutan . Adik adik sekolah rendah pun mampu beli tau . Ni kan pulak awak awak yg sudah bekerja :D
Location at :Pintu Gerbang Kg Sungai Putat ,
Batu Berendam , Melaka
*ABC TANJUNG
Amacam gaiss ? Ada yang dah nak naik gila dokk ? Hahaha . Bukan setakat abc wehh cendol , coconut shake semua ada wehh . apalagi wehh . Meriah bebenau wehh abc dia . Hengko nengok gambau tu , kacang dia jelly dia pergghh tak kedekut . Apalagi ? Marilah datang cuba :D
Location at : Jalan Tanjung Kling Tangga Batu ,
Melaka
*FLOYDS KITCHEN (CHICKEN CHOP)
"Hipster garage cafe" . Makanan kat sini semuanya western food . Harganya berpatutan . Dapat air percuma pulak tu . Nak mintak sepuluh cawan pun takpe . Hihihi . Cafe ni lain dari yang lain tu . Sape yang gemar sangat nak berselfie , ni tempat terbaik tok korang . Bukan setakat makanan je sedap , tempat di pun cantik tau :D Best western food in town !
Location at : No 5 Jalan Lagenda 3 Taman 1 Lagenda ,
Melaka (bersebelahan JW Boutique Hotel)
Ada banyak lagi location tempat makan yang bagus dan menarik . Kalau nak diteruskan sampai esok tak habis . Nak lagi senang , ayuhlah ke Melaka dan rasailah keseronokannya :D
|